Tuesday 22 May 2012

HIMPUNAN HIJAU 1 JUN: SEMUA BERPAKAIAN HIJAU


KUALA LUMPUR: Semua ahli, pemimpin serta penyokong PAS diseru mengenakan pakaian hijau pada Himpunan Hijau ke Putrajaya di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 1 Jun ini.

Menurut Pengarah Program Datuk Mahfuz Omar, pakaian hijau itu bagi menunjukkan PAS akan menjadi penggerak utama usaha Pakatan Rakyat menuju Putrajaya pada PRU-13 ini.

"Hijau itu lambang korporat PAS bukan bermakna kita bersendirian mahu ke Putrajaya, tetapi kita mahu PAS menjadi pendukung utama menggerakkan usaha Pakatan Rakyat menuju Putrajaya," katanya dalam satu sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata, himpunan tersebut adalah sebagai menggantikan Muktamar PAS yang ditangguhkan untuk persiapan menghadapi pilihan raya.

"Oleh kerana laporan kaji cuaca yang menujukkan pilihan raya tidak menentu tarikhnya, jadi kita bimbang berlaku pembubaran, kita tangguh muktamar dan gantikan dengan Himpunan Hijau," katanya lagi.

Menurutnya lagi, himpunan tersebut adalah bagi menggerakkan ahli, pimpinan, pendukung serta jentera PAS di semua peringkat bagi membuat persiapan terakhir untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Mereka mensasarkan 100,000 menyertai himpunan itu nanti yang dibahagikan kepada tiga peringkat bermula pagi hingga ke malam.

Sesi pagi akan dimulakan dengan satu taklimat tertutup kepimpinan tertinggi parti seluruh negara dan ahli yang berhormat bersama Presiden di Kompleks PAS negeri di Kota Sarang Semut.

Sesi kedua akan bemula selepas solat Jumaat di di Stadium Darul Aman menghimpunkan anak seluruh anak muda dalam program yang dipanggil 'Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya'.

Program tersebut akan dimulakan dengan kuliah oleh pendakwah popular Ustaz Azhar Idrus.

Selain kuliah, program akan turut di isi dengan persembahan sketsa oleh anak muda dan persembahan lain sehingga jam 6.45 petang.

Sesi malam pula akan bermula dengan solat Maghrib secara berjamaah juga di stadium dan munajat perdana yang akan dipimpin oleh Tuan Guru Salleh Musa dari Pondok Sik sehingga Isyak.

Mengambil tempat selepas itu adalah program kemuncak iaitu ucapan dan amanat pimpinan utama PAS termasuk Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ustaz Azizan selaku tuan rumah, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Turut akan berucap malam itu adalah wakil bekas penjawat awam, wakil bekas tentera, wakil artis serta wakil selebriti tv yang kesemuanya telah menyertai PAS.

Program malam tersebut juga turut menampilkan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said yang akan mendeklamasikan puisi khas beliau.

Sebelum ucapan pemimpin utama juga, semua pemimpin PAS akan berada di pentas bagi melafazkan ikrar komitmen bersama memenangkan Pakatan Rakyat menuju Putrajaya yang akan diketuai bacaannya oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.


Dipetik dari harakahdaily


Tuesday 15 May 2012

UCAPAN HARI GURU PPBR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Allahuakbar!!
Allahuakbar!!
Allahuakbar!!

Pemuda PAS Batak Rabit dengan sukacita mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di seluruh negara sempena dengan Sambutan Hari Guru pada 16 Mei 2012.

gambar hiasan
Guru merupakan insan penting dalam pembinaan sesebuah negara bertamadun. Jasa mereka dalam mendidik anak muda amat besar dan hanya dapat dibalas oleh Allah Azza Wa Jalla kelak.

Seiring dengan tema hari pada tahun ini "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara", Pemuda PAS Batak Rabit (PPBR) menyeru kepada semua warga pendidik untuk mendahului perubahan memastikan Malaysia yang lebih baik untuk semua. Melihat kepada mood rakyat yang semakin inginkan keadilan dan kebenaran Islam, guru seharusnya menjadi aset penting kepada usaha untuk mewujudkan sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai Islam dan hukum-hakam yang menuju keredhaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Akhir kalam, Pemuda PAS Batak Rabit sekali lagi mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di Malaysia.

SELAMAT HARI GURU!!!


Allahuakbar!
PEMUDA PAS BATAK RABIT (PPBR)


NAKBAH PALESTINA



Kami menegaskan tahun 2012 seharusnya diisytiharkan tahun dilancar jihad fisabilillah membebaskan Palestin.

Ketegasan kami beralasan. Setelah sekian lama masalah Palestin menjadi seolah barah yang tidak boleh dirawat, maka tidak ada lagi pendekatan yang boleh dipilih selain dari jihad.

Ketika kami melihat pelbagai kenyataan dan sejumlah resolusi diluncurkan PBB sejak Perjanjian Oslo 1993 dimeterai sehingga sekarang, Israel tidak pernah tunduk kepada sebarang bahasa diplomatik.

Malah yang dilakukan oleh Israel lebih ganas dari sebelumnya. Dari pembesaran kawasan kediaman Yahudi di tanah Palestin yang hanya tinggal 22% dari asal sehingga  melancarkan serangan militeri berterusan ke atas Tebing Barat dan Gaza, membunuh, memusnah dan merampas hak rakyat Palestin. Israel tidak sedikitpun gugur cirinya sebagai negara teroris.

Kami menegaskan Zionisme tidak mengenal erti taat kepada sebarang perjanjian. Sejarah jelas memperlihatkan Yahudi Zionis bukan sahaja melanggar perintah Allah malah sanggup membunuh Nabi-nabi Allah.

Inilah hakikat yang perlu diterima oleh pejuang pembebasan Palestin dan Masjid Al Aqsa bila berdepan dengan Zionis Yahudi.

Sejak tanah Palestin dirampas pada tahun 1948, baki kawasan yang tersisa untuk rakyat Palestin hanya tinggal tidak sampai 22% sahaja, itupun kawasan ini terdedah kapada pencerobohan dan bedilan bom dari jet pejuang.

Perjuangan Yasser Arafat untuk menuntut sempadan tanah sebelum 1967 seluas 44% dari kawasan Palestin yang asal tidak kesampaian, kini Mahmud Abbas menagihkan kawasan yang jauh lebih kecil untuk Palestin.

Tuntutan ini juga tidak dilayan malah sehingga bulan September 2011, proposal untuk Palestin diterima sebagai anggota penuh dalam PBB masih tergantung kerana 126 negara yang menyokong, kurang dua lagi undi untuk diluluskan dalam Sidang Umum PBB.

Malah Majlis Keselamatan sendiri tidak dapat menjaminkan kemasukan penuh Palestin sebagai anggota penuh PBB. Sehingga ini sebahagian anggota-anggota yang ada sekarang dalam Majlis Keselamatan ialah Bosnia dan Herzegovina , Inggeris, Perancis, Gabon, German, India, Nigeria dan Portugal yang masih belum menentukan sikap.

Jelas umat Islam tidak dapat berharap kepada PBB. Resolusi 181 yang dikeluarkan pada 29hb September 1947 yang mengisytiharkan kewujudan Israel adalah titik bermulanya musibah yang sambung-menyambung ke atas rakyat Palestin. Tanah Palestin dibahagi dua: untuk Yahudi 53% dan untuk Arab 43%. Pokoknya PBB telah menerima penjajahan.

Kejahatan global yang diterajui oleh Israel dan didukung oleh US tidak dapat dicabar dengan efektif oleh bahasa diplomatik. PBB yang lebih merupakan pertubuhan pengumpul resolusi paling maksima hanya mampu mengeluarkan kecaman, kritikan, dan kata-kata ultimatum yang tidak pernah dihiraukan oleh Israel.

Resolusi 106 dikeluarkan pada 29hb Mac 1955 yang mengutuk serangan Israel ke atas Gaza, Resolusi 111 dikeluarkan kerana mengutuk serangan Israel yang menyerang Syria, Resolusi 162 yang mendesak Israel mematuhi keputusan PBB, Resolusi 237 yang mendesak Israel membenarkan pelarian Palestin kembali ke tanah air mereka seperti sebelum 1967 dan banyak lagi.

Kami menyeru agar semua Persidangan Khas yang diadakan saban tahun oleh pelbagai pihak mengenai Palestin dan Al Quds menghantar suatu semboyan jelas iaitu Jihad Membebaskan Palestin dan Al Aqsa.

Peredaran masa 64 tahun sudah terlalu lama. Israel yang merupakan proksi US dalam merekayasa hegemoni kuasa Barat ke atas politik Asia Barat sangat terang dan jelas. Untuk mengharapkan negara-negara Barat mengembalikan hak Palestin adalah suatu kemustahilan. Malah untuk bergantung kepada pemimpin negara umat Islam yang terikat dengan kuasa Barat juga tidak menjanjikan harapan.

Kuasa sebenar berada dalam tangan umat Islam sendiri. Umat Islam yang tersusun dalam pelbagai organisasi massa dan NGO harus menggembleng seluruh tenaga dan sumber untuk melancarkan jihad dalam semua bidang untuk mengembalikan bumi Palestin dan Al Quds kepada kaum Muslimin.

Jihad ekonomi dengan melancar boikot kepada semua produk dan perkhidmatan yang secara langsung berkait dengan Israel. Ini termasuk seluruh syarikat yang berpengkalan di Israel.  Tindakan memutuskan sebarang hubungan perdagangan dalam apa bentuk sekalipun hendaklah dilancarkan secara efektif.

Jihad sosial dengan memboikot seluruh acara sosial dan institusi sosial seperti universiti dan sebarang institusi yang yang berkait dengan pembangunan sosial. Ini termasuk dalam acara sukan dan industri hiburan.

Jihad politik iaitu melumpuhkan seluruh perjanjian yang dimeterai oleh negara dengan Israel dalam apa sahaja bidang perhubungan politik dan diplomatik.

Jihad ketenteraan dengan mendesak pemerintah negara-negara umat Islam menghantar tentera Islam ke Palestin untuk merampas kembali bumi Palestin yang ditakluki Yahudi Zionis.

Jihad teknologi iaitu dengan memastikan segala teknologi maklumat yang ada diguna untuk melancarkan serangan maklumat terhadap Israel. Teknologi maklumat perlu digunakan semaksimanya untuk mendedahkan persekongkolan antara US , British dan Israel.

Untuk semua medan jihad ini kami menegaskan bahawa sudah sampai masanya seluruh NGO dan gerakan Islam antarabangsa menumpukan seluruh tenaga dan sumber ke arah pembebas Palestin. Kekuataan kepakaran dan jaringan organisasi sosial, ekonomi, politik, gerakan alam sekitar, hak asasi manusia, undang-undang hendaklah dipusatkan sehingga realisasi pembebasan Palestin dapat dicapai.

Sempena peringatan Hari Nakbah 2012 ini kami mengesa bahawa mesej jihad sebagai satu- satunya jawapan kepada penaklukan Israel terhadap Palestin akan tercapai. Sindrom meluncurkan resolusi dan kata- kata tidak lagi boleh diharap lagi untuk membebaskan Palestin melainkan hanya dengan aksi jihad.

Abdul Ghani Samsudin
Pengerusi SHURA

Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausaha Agung MAPIM

Datin Aminah Zakaria
Yang Dipertua SALIMAH

(Dipetik dari sumber harakahdaily.net)