Tuesday 26 April 2011

KAMI PEMUDA PAS BATAK RABIT!!!

Temui kami di
PPBR Blogspot &
PPBR Facebook Page
Bismilahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memberikan nikmat Iman dan Islam kepada kita semua serta mempermudahkan segala urusan kita di dunia ini. Syukur kerana dengan izin-Nya, Pemuda Pas Batak Rabit (PPBR) melangkah setapak lagi dalam membawa panji Islam di medan siyasi dengan wujudnya blog rasmi Pemuda Pas Batak Rabit ini.

Pemuda Pas Batak Rabit menyedari tentang hakikat perubahan yang diinginkan oleh anak muda daripada sebuah kerajaan korupsi yang lemah dan tidak berakhlak kepada sebuah kerajaan bersih, berintegriti serta menjadikan Islam sebagai landasan perjuangan. Justeru, Pemuda Pas Batak Rabit akan berusaha dalam segenap ruang yang ada untuk mengajak anak muda berjuang bersama bahtera Islam dalam menolak pemerintahan sekular yang jelas membawa kemudharatan kepada masyarakat.

Pemuda Pas Batak Rabit optimis hanya ketuanan Islam sahajalah satu-satunya jalan terbaik yang wujud dalam menguruskan masyarakat serta negara ke arah yang lebih baik. Bukankah Allah itu yang menciptakan manusia justeru Allah adalah lebih mengetahui dan Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk manusia.

Kewujudan blog ini akan menjadi gerbang maklumat rasmi bagi parti khususnya Pemuda dalam menyebarkan perjuangan Pas kepada anak-anak muda secara spesifiknya di Batak Rabit. Pemuda Pas Batak Rabit melihat ruang dakwah serta komunikasi yang luas dapat dijalinkan melalui media alam maya dan peluang ini perlu dimanfaatkan sebaik mungkin.

Melalui blog ini juga, rakyat boleh berkomunikasi dengan PPBR dengan menghantar e-mel kepada kami (KliK e-mel) atau terus melalui page facebook (Pemuda Pas Batak Rabit <PPBR>).

Maka, di sini kami Pemuda Pas Batak Rabit menegaskan sesungguhnya perjuangan kami adalah satu kesinambungan kepada perjuangan Rasulullah iaitu mengajak umat manusia kepada satu pengabdian diri hanya kepada Allah Azza Wa Jalla.

Follow kami (PPBR) di blog ini dan like kami di page facebook (PPBR)...

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan!!
Allahuakbar3x!!!


No comments:

Post a Comment